Ulang tahun perkahwinan

Ulang tahun perkahwinan merupakan ulang tahun yang jatuh pada hari bulan berlakunya perkahwinan yang disambut setiap tahun kecuali mereka yang berkahwin pada 29 Februari. Orang yang berkahwin menganggap hari tersebut penting dengan cara yang tersendiri.Ulang tahun ke-25 (perak) atau ke-30 sering ditunggu-tunggu oleh keluarga baru, (dengan percutian keluarga), memandangkan betapa seringnya waktu ini serentak dengan berakhirnya fasa menjaga anak.Beberapa kumpulan besar dalam masyarakat, terutamanya keluarga kembangan (termasuk cucu), mungkin mahu menyambut keraian seterusnya, seperti sambutan ulang tahun ke-40, ke-50 dan ke-60.